Friday, November 19, 2010

LoVe..

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan
hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air
mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air
mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ’cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu
memikirkannya hatimu hancur berkeping.

3 comments:

  1. saya akan cintakan kamu. seperti mana kamu mencintai saya :) InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. love ur writting..

    hey, mind u hit me back?
    deanazulkanine.blogspot.com

    ReplyDelete