Friday, November 19, 2010

LoVe..

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan
hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air
mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air
mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ’cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu
memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Thursday, November 18, 2010

Alam MAya...Dan Reality..

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..



Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


The Power Of God...Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah..sekali lagi kau selamatkan aku dari bala bencana...yang mungkin pada masa sekarang..aku tidak nampak kesannya..tp kesannya bakal ku nampak selepas ianya berlaku.Aku bernasib baik kerana Allah still beri dan melindungi aku dari perkara yang tidak baik yang akan membuatkan keluarga ku hancur.Syukur sangat..Ya Allah..kautkan lah hati Hamba Mu ini ya Allah..Setalah ku fikirkan kembali,bila kita dalam keadaan terdesak dan tertekan,semua perkara tak mustahil kita lakukan..apa yang kita ptt lakukan pada masa ini adalah..kembali pada Allah...segala yang baik datang darinya..dan yang buruk datang dari kita sendiri..Kita harus berpegang bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

Sunday, November 14, 2010

MYstery....Or...

Poets, philosophers, wise men, and young lovers have searched throughout the ages for a mastery of love. Mastery may never come but some understanding may. Love is one of the most powerful forces of life itself. So then, it seems that love may be a rose: beautiful, fragrant, wild, and free yet all the while unpredictable in its growing and always with thorns among the buds. A relationship is a garden…with its roses and its weeds. A garden requires tending to survive the seasons, the droughts; the encroaching weeds. Loving gardeners wisely tend their flowers and reap the efforts that they sow. And so it is in love, the efforts that you sow are the loving results that you enjoy. How does your loving garden grow?                               
           Love entices you into its arms but it is enough to hold you there for only so long.   You may grow restless with reality, with the day to day tedium of work.  You may itch long to have the carefree delights of passion again...to fall in love all over again just for the feeling.  If you fall for that, you will find yourself moving from relationship to relationship always in search of what you only find in the beginning.   Love, true long-term love requires more than just being there.  It requires that you invest in your relationship; that you work with your partner to succeed.   You must create a new love that is deeper and stronger than the fleeting thrill of passion.
  Together you can build a bond that no one or no thing can break.  You can be comfortable in the safety of your relationship.  And you can grow in your shared understanding.  You can achieve your dreams with your loving partner by your side.  Then you are truly in love.  This is the opportunity and challenge of love.

What Should I do...

Pada masa sekarang aku dah nak start exam..dan aku berada dalam study week.MOod untuk study tak datang lagi..bila agaknye dia nak datang.Nak panggil,sure la memang takkan datang..tapi papepun..aku akan start study on Monday..Aku akan bermula dengan subject Procurement.Subject nie,more tentang contract dan menagement..nak tak nak aku kena study juga sebab..ianya perkara yang aku minat...dan pada masa yang sama...aku ingin ke Adelaide Or Bristol...Hope aku dapat la...masalah pada sekarang adalah dari segi kewangan..insyaallah,kalau niat kita betul semuanya akan jadi baik...Amin

Cinta Dan Diri Sendiri...

Apa yang aku rasa mengenai cinta adalah satu perkara yang amat menyakitkan dan mengembirakan...dan setelah aku amati..inilah yang ku perolehi..
1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.
2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.
3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.
4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

Friday, August 20, 2010

My First Blog....

1st Post In my Blog…..
Haaa..akhirnya dapat juga aku buat blog aku sendiri..dah lama aku idamkan blog nie.Sepanjang perjalanan kau nak buat blog nie,ianya bermula dengan isma…isma yang mulakan blog nie,if tidak kerana dia..pasti aku takkan dapat buat blog aku nie..tujuan aku buat blog nie adalah,untuk menceritakan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian,apa yang aku fikir,apa yang aku Nampak dan apa yang aku rasa..pada masa yang sama..aku dapat berkongsi pengalaman aku dengan orang lain..dan aku rasakan ianya tidak salah pun selagi ianya tidak keterlaluan..mahupun menyinggung perasaan orang lain..sebelum nie,aku bukan lah berminat sangat dengan blog nie,bila aku dengar blog..huuu..aku teringat tentang orang yang Free Thinking..Orang Free Thinking nie adalah orang yang meluahkan secara spontan apa yang diorang rasa dan fikir tanpa ada sempadan.Tetapi bagi aku ianya tidak salah selagi kita menghormati perasaan dan entity orang lain.Kita hidup dalam komuniti dan apa yang yang penting dalam hidup berkomuniti adalah menghormati orang lain..tak kira pada agama,bangsa,bahasa..dan warna kulit.huuu..by d way..nie je la yang aku nak tulis untuk post yang pertama aku..